Saturday, May 29, 2010

Orientasi KML

hahaha.. lama betul xbuat entri dalam blog ni.. sekarang ni KML cuti, jadi boleh la buat entri baru.. hehe.. orait.. meh la sy cerita sikit2 pasal 1 minggu orientasi di KML..

sebelum datang KML, da jugak baca pengalaman senior2 KML ni.. ramai yg cakap, memang orientasi ni susah.. mm.. xdinafikan la memang minggu orientasi adalah minggu yang amat memenatkan.. jadual aktiviti padat sangat2.. dari jam 4.30 pagi hingga 10.30 malam ada jak aktiviti.. kena pegi dengar taklimat,senaman pagi,aktiviti bersama mentor( pelajar dibahagi kpd beberapa kumpulan terdiri drpd 25 org macam tu, ada 1 mentor(lecturer) ).. hehe.. lebih kurang gitu la.. selang masa antara akt. tu xsalah dalam 1jam-1jam30min..

masa makan pun susah sikit.. bayangkan jak, lebih kurang 2000 pelajar, dalam masa yang sama, 3 kafeteria, pegi makan.. wow,barisan panjaaaaaaang betul.. semua org kejar masa.. sy malas makan di kafe, pegi la koperasi.. berbaris jugak la.. tapi xla ramai betul org sebab kop. tu kecik ja.. walaupun org baris sampai terkeluar da dari pintu kop. tu, masih da harapan utk beli makanan dlm masa 30 min gitu.. hehe.. dalam kop. tu ada jual bun, mee segera, minuman tin, keropok & macam2 lagi la..

memang dalam 1 minggu tu, asyik berkejar-kejaran ja la.. biasa suda xsempat makan.. ow ya.. air.. air oh air.. ada jugak lori water tank yang datang isi air utk tangki setiap dorm.. ada 6 dorm.. 4 dorm ppuan, 2 dorm lelaki..water tank tu gilir2 la, kejap di dorm tu, pastu sini, nanti sana la pulak.. kena pandai jimat air la.. kalo guna air tu, guna seminimum mungkin, jangan bazir air,mesti ada lagi org dalam bilik lain yg belum mandi.. kalo xda air~~ ramai2 la angkat air dari tangki di ground floor(GF) dorm.. kalo rajin/ramai org di bilik mandi GF angkat baldi pegi tingkat lain utk mandi..

ada jugak la yg membimbing kami sepanjang orientasi tu.. felo2 & fasilitator (bekas pelajar KML jugak).. tapi lepas orientasi ok sikit da la.. ruang masa da banyak kan.. sini ada kuliah, tutorial & amali (sains).. mula jam 7.30 - 3.30.. ada jugak selang masa, 2jam gitu.. tapi xsama setiap hari.. hari ni 9.30 & 12.30.. mungkin besoknya 10.30 & 1.30.. bagus jugak sebab xla ramai betul orang di kafe tu.. library pun ada internet.. ada jugak mesin ATM, telefon awam di KML..

mm.. ok la.. sy pegi sarapan la.. rehat dulu, penat jugak menaip ni tau.. hek3..

5 comments:

Fazilah May 29, 2010 at 8:13 AM  

Selamat belajar dan jangan lupa makan. Rajin2 cuci kain time ada air n tapau2lah air selalu, hihihi...

Myfrin's story May 29, 2010 at 8:20 AM  

Hei, that's my comment..! Wrong id, soriiiii!! hahaha!

windi May 31, 2010 at 9:38 AM  

kira ok suda tu jilah. ada jg internet d library kan. amacam komputer?

Fazilah June 1, 2010 at 8:15 AM  

komputer di library sy blum pernah try.. nampak dari jauh ja.. hehe..tapi dengar2 ada internet jugak,xdapat buka fb n youtube ja..

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP