Wednesday, December 24, 2014

[FYP] Project Proposal Presentation


“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada…..”.. dek kerana terlalu nervous dlm pembentangan proposal Final Year Project (FYP)/Projek Sarjana Muda (PSM) hari tu, bleh pla sy mendoakn kesejahteraan panel sy dgn spanjang-panjang ucapan.. praktis cakap Assalamualaikum jak.. ahah..

Dulu.. masa sekolah.. sy ingat sorang rakan sekelas sy cakap ngan cikgu, “Cikgu, macam mana nanti Fazilah di U aa? (mcm mana sy bawa diri, bercakap, membentang)” Cikgu: “kamu sibuk kenapa? Pandai2 la dia bawa diri..” ahahaha.. kpd cikgu n rakan kelas itu, stakat ni sy masih ok.. alhamdulillah.. walaupun pernah sekali hampir pengsan time bentang (tu pun sbb terlalu busy n xsempat makan, which is after dat, xkira sibuk n nervous mana pun sy akan makan walau xselera sebelum event penting)..

22hb Disember 2014, (sila mainkan soft muzik untuk penghayatan 100%)..

Dengan langkah yang goyah, 
Namun penuh azam dan smangat waja, 
Sy telah berjaya mengorak langkah, 
Ke satu lagi fasa, 
Fasa yg sy xmungkin lupa, 
Dan selalu semat dalam jiwa, 
Langkah keluar dari zon selesa.. 

ahahaha.. tapi memang.. pagi hari pembentangan tu.. sy cakap dgn diri sendiri.. “how did I get this far?” uyoh.. macam movie daa~ tp mmg betul la sy fikir n cakap gitu.. for me, yang… always silent?



Straight to the point.. ok.. sy bentang proposal projek tahun akhir.. p.e.m.b.e.n.t.a.n.g.a.n.. 1 benda yg sangat susah org nampak sy buat.. sebelum bentang tu, dengar la jugak, pengalaman senior2, pandangan kawan2 tentang suasana pmbentangan proposal yg sy akan lalui tu.. macam2 cerita dengar.. paling selalu dengar...

“uu, kalo dapat lecturer tu jadi panel, abisla, abis kena hentam..” 

“ lecturer tu suka pertikai keja…”

“untungla~ dapat yg tu~ xbanyak soal~”

Pengalaman sebenar..?

Sy rasa it is not that bad.. bukan.. sy xrasa sy dapat panel dalam kategori yg orang bleh cakap ‘untungla’.. kecuali one of them, n that lecturer didn’t attend as he’s a bit unwell time tu.. I hope he’s ok now.. one of my panels, was my lecturer masa tahun 3 dulu.. d type of lecturer yg xterima assignment student yg hantar lewat (katanya umpama tender box, if da tutup, xbleh suka2 hati buka balik or termiss kapal terbang).. no mercy..

tell u what.. yah.. he’s very strict.. from what I heard/see he didn’t even like it if we’re smiling when we doesn’t know the answer to his question, running out of laptop battery when presenting, cheating even in quiz.. all seems to be negative.. tapi dapat imagine ka apa agaknya hasil ‘ketegasan’ dia tu pada students? A responsible, honest, student..

well.. sy xberkesempatan tengok byk reaksi panel n pembentangan.. for mine tu, I think it goes well.. yah, panel ada tegur some stuff.. tapi I didn’t see it as a hentaman.. it is more like advice for me to be better in my research.. n I’m thankful for them to have been pointing out things yg sy xterfikir or mmg terfikir tapi simpan sorang2 n xbagitau supervisor (sv) sy.. (which is after dis, I’ll tell u everything Dr...~ T-T)..

sy rasa presentors yg sama panel dgn sy pun (oh ya, kami berempat bentang di bilik panel, panel tu ada projector sendiri.. spatutnya masa pembentangan 1jam saja tapi sbb its his room, his time, dia bantai 2jam.. bwahahahaha) agak ok jugak.. unless, u rasa words like...

“awak ni boleh masuk maharaja lawak la”

“umpama awak amik diri sy ni dan bandingkan ciri2 sy dengan ciri2 sorang perempuan”

“awak jangan nak jadi penipu ye, report awak akan jadi rujukan orang lain. sebab kajian awak salah, orang lain fikir… x berkualiti”

“awak ni dah nak menyalahi undang2, mana boleh… hanya…”

“sekarang ni risk management awak zero tau x”

“xde citer pun dalam slide awak (sinis)”

“yang tu (amik ukuran utk sampel) pun xwat lagi?bila nak buat? Tahun depan? Macam tu awak bentang proposal next sem la..”

“oh, ada citer dalam proposal report eh? Kenapa xletak dalam slide, nak bawa balik kampong suruh nenek awak baca?”

“awak jangan terlalu ambitious la, awak ni baru sarjana muda, bukan buat master, phd”

.. adalah hentaman.. yes it was.. oh jap2.. tu antara words yg sy dengar masa pembentangan tu, bukan everything goes to me.. bukan smua…….. yg mana satu kamu agak2 sy dapat? Hahaha..
but still.. even a bit pedas n boleh merobekkan hatiku yg halus (kui3), still I think they got points there.. dipendekkan cerita.. dari pemerhatian sy, u wont really be bashed/dihentam/dipersoal/dipertikai if u are really into your research.. they did so pun so that kita boleh proceed research d track yg betul.. bayangkn they didn’t do so, xkah kita terumbang ambing n lost nanti? atau fikir, "ala.. panel xtegur pun hari tu.. ok je.. xde prob kot.." Pastu tiba2 kena extend sem? Oh.. really scary.. dr pengalaman yg sy yg xseberapa ni, rasanya tips selamat proposal presentation:

1)      Betul2 faham apa objektif kajian
2)      Tahu flow kerja yang akan dijalankan untuk capai objektif kajian
3)      Tahu instrument/alat apa yang kena pakai dalam kajian termasuk calibration alat tu
4)      Foresee risk yang akan dihadapi dalam pengumpulan data n cara mengatasinya
5)   If dapat tajuk dekat sama dengan kawan (sama sv kadang bagi tajuk lebih kurang sama), boleh la berbincang dgn kawan tu.. bukan bincang utk letak point apa dalam proposal report kmu (bcoz u two got almost the same title) tapi bincang utk bagi perbezaan sikit pada title n isi report kamu, terutama bahangian literature review.. slide pembentangan pla, tolong la jangan buat slide yang hampir sama, background n point yg agak sama.. macam mana xkena hentam macam tu..? first impression panel adalah, "awak dua ni main copy2 ek?" paling tragis kalo panel ingat kamu meniru keja kawan saja.. xhasilkan report sendiri.. tolong la jangan.. sy kesian tengok/dengar kes macam tu..

*Penting
Dalam proposal presentation, panel mau tengok/pastikan kita betul2 faham dengan apa yg kita akan jalankan (terutama pengumpulan data n menganalisis data).. tips buat slide (pengalaman sendiri/amatur):

1)     tekankan point2 metodologi/work flow/cara melaksanakan kajian
2)   slide jangan terlalu semak (congested), penuh dengan perkataan.. cari keypoint n ringkaskan ayat (tapi jgn sampai ayat jadi xformal).. bentang nanti, huraikan ayat dalam slide tu dengan sharp n direct to the point, jangan berbunga2 sebab masa sikit saja n takut panel bosan
3)  cuba elak animation (words, slide transition) dalam slide; penat mata panel tengok/tunggu words berterbangan
4)    Jaga kontra warna perkataan dgn background colour.. pastikan betul2 boleh nampak.. kadang2 d skrin laptop macam ok, skali da pancar guna projector, tulisan da xbleh baca.




5)  Slide biar matang.. elakkan kartun2 yg kaitannya sangat la sikit (better letak gambar yg sebenar-benar gambar; gambar yg amik sendiri).. to be/looks like a professional/formal presentation..

*Yg terpenting lagi.. jangan buat panel stress.. jaga mood panel.. value opinion panel.. praktis jangan ‘buat muka’ bila panel cakap sesuatu.. cakap dalam speed n frekuensi yg possible utk human ears’ dengar.. jgn tambah stress pada mata panel dgn slide yg agak sakit mata memandang (personally rasany background bagus gelap skit).. baju untuk present pla mungkin bagus warna yg lembut.. biru muda, merah jambu yg soft, n matching.. mungkin bleh elak yang bling2/rambu ramba/bunga sana sini.. oh…. Psiko.. haha..


[tips2 sini adalah berdasarkan pengalaman sy yg xseberapa ini.. apa yg sy observe n baca sikit.. utk U sy rasanya mmg macam ni.. profesionalisme… engineering.. ]..

ok la.. pemikir sejati mo rehat ni.. hahaha.. till we meet again.. daaa~

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP